Sayang
Hadirmu mewarnai kehidupanku
Jika dulu aku seorang kesepian
tapi kini pelangi sentiasa dalam hidupku
Gelak tawamu.....
Gurauanmu......
Senyumanmu.....
amat bermakna buatku
Sayang
aku tahu aku bukan yang terbaik untukmu
namun cintamu mengaburi segala kelemahanku
dirimu sentiasa senyum walaupun aku sedang melukai mu
kadang-kala tika kau tiada aku menyesali setiap apa yang telah aku lakukan
tapi penyesalan itu sentiasa bersifat sementara
Sayang
Aku kagum memiliki dirimu
aku tahu kau yang terbaik buatku
kesabaran dan ketabahanmu dalam menangani sikap degilku
Sayang
Diri ini berharap kasih sayang ini akan berkekalan buat selamanya
Kerana aku akan kegelapan tanpa mu disisi ku
sesungguhnya aku amat mencintaimu sayang